Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Sunday, October 2, 2011

Say to the WORLD that you are NOT ALONE!!

Assalamualaikum...

hye guys..

Hari ni aku nak share dengan semua tentang sesuatu yang agak peribadi. Mungkin dulu aku tak pernah coret2 kat sini..tapi okay jer kan..nie belog aku kan. Ikut suka aku la nak tulis apa. ye dak?? * maaf, kedengaran unsur2 ganas di situ =B

Macam semua orang tahu atau mungkin tak tahu, aku tak pernah bercinta. Siapa2 yang tak pernah bercinta? Sila angkat tangan! hokey..yang tak pernah, xpe, InsyaAllah ada rezeki untuk korang rasa suatu hari nanti. =)

Hokey! Berbalik kepada tajuk utama. Ya, aku pernah bercinta. Dulu. Tak lama dulu. Tapi cinta aku tak kesampaian. Sebab apa? Mungkin dia bukan JODOH aku kan, Allah lagi tahu. Aku yakin tu ^__^

Bila berpisah. Sedih? Sungguh la aku sedih. Tapi xde la aku menangis terguling2 sampai masuk bawah katil 
* siapa yang pernah buat? dasyhat nyer! o.0

Paling teruk pun, aku demam. Terkejut kan. Hehe.Tapi lepas makan panadol, aku okay la balik. =)
Mujur aku tak buat benda2 yang tak masuk akal macam orang2 sekarang buat. Contoh? err..korang paham2 la sendiri kot. Aku nak pikir pun tak sanggup. Syukur pada Mu Ya Allah *amin.


Awal2 perpisahan, aku lemah sangat. Sangat lemah. Hampir2 aku beri peluang pada orang yang tak pernah tahu menghargai tu. Tapi kemudian aku sedar. Dia bukan untuk aku kan. Memang aku sunyi! sunyi la..henpon kalau sebelum ni berkepit je. Sekarang entah kemana tah henpon tuh. err..bawah katil kot =O
Tapi aku tak berseorangan la sebab aku ada ibu bapa, ada adik2, ada kawan2 rapat. Diorang yang membahagiakan aku. Thanks guys. 

So, pada siapa2 yang pernah putus cinta, dan masih tengah dalam tempoh berkabung yang tak berpenghujung. Wake up la weh!! Kalo korang menangis sampai bengkak2 mata,  Pastu muka sembab macam kain buruk * Ops!!....hubungan tu takkan bersambung kembali pun. Benda yang dah jadi, biarkan jadi. Jaga maruah korang. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Nak bunga apa..tulip, ros, taik ayam?? berlambak kat belakang rumah aku...eh, terlari tajuk pulak. Sori. =)

Maksudnya kat sini...perpisahan tu memang menyakit kan.. Dulu aku tak rasa. Tengok member2 yang putus cinta. Aku hanya bersimpati. Nak bagi nasihat aku xberapa pandai. Bila turn aku rasa. Baru aku mengerti. Sakit woo.. So, Kalau korang kata, korang tak kisah putus cinta. Bohong lah! errrmmm tapi boleh jadi la jugak kot kalau korang ni kaki perempuan/ kaki lelaki..Memang korang x kesah..=p * especially kalau yang jenis mulut manis. hurmm..

Tapi percayalah. Perpisahan buat korang tabah. Buat korang percaya. Allah tahu apa yang terbaik. 

Kalau korang nak tips mengatasi putus cinta ke hape ke lagi..rajin2 lah korang blogwalking di belog2 kat list2 aku ni.. Baca ulasan2 diorang. InsyaAllah, sedikit sebanyak meningkat kan keyakinan dan ketabahan korang.

Hokey lah. Panjang pulak bebelan aku nie..peribadi lah sangat kan..hahahaha..aku cuma nak berkongsi je sikit2. *buat penambah kuantiti entry sebenarnya. =)

Semoga aku sentiasa tabah menghadapi hari2 esok. Dan aku doakan korang pun sama. 
Yuk! chaiyok2!!

''Seandainya awak baca, saya nak awak tahu saya berterima kasih atas perpisahan ni, kalau tak saya takkan sekuat ini. Jangan risau pada jodoh. Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Terima kasih, awak'' 

Y(^_^)Y

Wassalam

Friday, September 23, 2011

Berserah.

Hye2..

Assalamualaikum!!

Ini setori hari ni. Hoh, mestila hari nie..tengok tarikh la. ok! ---> maaf, ayat macam bangang, penat interview. =p

Haha..aku sebenarnya sekarang dekat rumah sewa member aku kat kerinchi. Lepak sini sebab pergi interview tadi. Huhu..penat gila, aku dah la bersemangat dah nak interview tadi..alih2 kerani tu bagitahu, orang yang sepatutnya incharge aku outstation pulak T__T,

Berlalu lah aku balik dengan penat..tapi dia dah janji, esok aku interview balik. hope ada la luck aku..harapnya lah...if tak, kembali ke Kedah! sambung balik kerja. Hidup seperti biasa. *macam la luar biasa sangat hidup aku sebelum nie O.o

Aku menghupdate belog nie pakai lappy member aku ni..dah kelaut manatah dia tido. Aku jer yang terkebil2 sorang2 xboleh tido. Tu yang teringat nak hupdate menatang ni. Hehe.

Godek punya godek..terjumpalah aku satu pic aku masa zaman uni dulu. Pergh!, kurus rupanya aku dulu. Haha. Meh tengok meh..


Haha..sungguh innocent muka aku time ni..tudung labuh jer, baiknya aku dulu, tak macam sekarang. (-_-")

Hokeh. Aku pun nak tido dah la..jeles tengok member aku membuta. 

Nite guys.

Wassalam.

Coret2: Doakan aku yea untuk esok, insyaAllah. * fingers crossed 

Tuesday, September 20, 2011

✿ Pemberitahuan: Majlis Konvokesyen Ke-sebelas UTHM 2011 ✿

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bebeh!


(^__^) ---> Ini muka gembira aku masa menaip entry ini..hahaha~ mengong :)




Ada baca tajuk kat atas tu?..haha, mesti baca kan..so, dengan ini aku nak share la dengan korang2 semua...aku bakal berkonvo pada tarikh 29, 30, 31 Oktober 2011 nie. Akhirnya~


Yeay!!


Mesti ada yang cakap kan.."apa daaa...itu pon nak kecoh, orang lain pon konvo jugak..dah lepas ponnn", So what?~, Biar la..itu hari bersejarah aku, penat kot aku belajar sampai 4 tahun untuk hari yang bersejarah ni...korang ada ke? -,,-


Huhu..aku dah kena buat preparation ni...eh, halamak!!! Belom kurus lagi ni! Camnerrr??Abes la buruk gambar graduation aku..uwaaa T____T. Nie sume salah mak aku lah masak sedap2 sangat kat rumah ni. oho apa kena mengena? o.O


Hahaha..xpa2, ada masa lagi. Mulai esok, aku tanak makan. Boleh kot kurus. Korang rasa boleh tak? Yeah, yakin diri!. ayat penyedap hati sendiri~


Oh yea, tadi aku dapat call, dapat interview. Huhu, better offer tu..nak g ke tak eh? Tapi dah rasa selesa dengan position sekarang...try jelah kan..hehe..


Hokeh. Wish me luck for the day after tomorrow kay. :B


Babai dan Wassalam.


Coret2: Petang semalam adik aku dah mencemar kan habit makan jojo aku..dia bagi makan BELALANG!! oh tidak!! T__T

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Malaysia!!!......MERDEKA!!!

Assalamualaikum dan hye hye Malaysia..


Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia dan MERDEKA buat semua yeaa...


Mari kita berdoa semoga Malaysia sentiasa aman dan damai sampai bila2...amin


Hokeh. apa yang aku nak cerita kali ni bukan pasal aku pergi sambut merdeka ka..bersesak2 dengan orang perbarisan ke apa..tapi cerita lain, cerita aku pergi jamuan raya sekolah mak aku..


Cerita xdak la best mana pon..hahaha..cerita makan..untuk orang montel macam aku..*opsss..termengaku pulak, benda makan memang best la...


Jom layan gambar jela..





nie muka aku si Bam2..menunggu makanan tiba dengan sabar. *pic kredit to mama ---> mak aku nie  sebenarnya takut nak pegang camera, amik gambar..takut meletup..hahaha



Mama tengah melayan adik bongsu aku, si farhaan yang tetiba hot fm sebab baru bangun tidur. Ungkapan kami adik beradik bila farhaan hot macam ni ialah "nabil farhaan baru lepas makan tebuan"..dan hasilnya, memang kami sorang sedikit dapat debik2 free dari pemakan tebuan tersebut...hahaha..

Okeh. makanan sudah sampai..jom kita makan..eh eh. aku jer yang dah makan. korang tengok saja.hahaha..



Ye tuan2 dan puan2...santapan kitorang petang tu ada bawal bakar, telur goreng, kailan ikan masin, tomyam campur, sotong goreng tepung, ikan apetah masak 3 rasa..dan banyak lagi yang aku xkenal nama...hahaha..sedap weh, nie baru sebahagian, aku tak sempat amik gambar semua sebab tangan aku dah kebulur nasik..hahah..buruk perangai kuat makan aku..^___^



sesi melantak dah bermula ~

kesimpulan nya memang aku kenyang gila ah...tapi x berapa nak best sebab x semua famili aku ada...

lepas je makan pergi la pantai, kebetulan restoran kami makan tu sebelah je dengan pantai...amik la gambar lagi.haha selagi terdaya kan.


ayah aku tengah termenung melihat kecantikan alam..teheeee~


bergambar dengan adik aku farhaan...posing tah hape2..nie idea mak aku la ni...hahaha..

hokeh. cukup cerita pasal jamuan raya. 

oh yea..baru2 ni aku ada belikan exercise ball untuk hamster aku, jojo....maka, balik rumah, dengan gembira nya lah aku masuk kan jojo dalam tuh. mula2 dia berexercise jugak lah dalam tu..

sepuluh minit kemudian,


korang nampak tak apa binatang kecik bertuah ni buat???...xnampak eh, meh aku close up sikit..


hah, dah nampak sekarang?? Jojo tidor jer dalam exercise ball dia!! 

memang dasar binatang gemok!!

geram + nak tergelak lah aku..niat hati aku beli bola tu sebab aku nak dia exercise..dah gemok sangat jojo sekarang...alih2 dia tidur je dalam bola tu..huhu..

So, kena pikir kan cara lain untuk kuruskan dia dan tuan dia ni..hahahaa...if aku muat masuk bola tu, dah lama aku exercise dalam tu..haha, okeh cukup berangan..

aku nak iron baju, esok kerja!..adesss (-_-")

wassalam~

coret2: baru lepas bagi jojo makan, sambil2 teringat sesorang yang pernah istimewa buat aku, semoga sekarang dia bahagia dengan pilihan hati dia. i always pray for you. remember that. :)