Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya semuaa...
ikhlas dari aku dan en. ijat 
(^___^)


coret2: Tema kami biru turqoise..ampa?

Saturday, July 20, 2013

Update belog la sudahhh... ^_^

Assalamualaikum..

Hye semuaa...

Fulamaakkk..lama gila aku dah xupdate belog nie..maap la kengkawan semua...sejak2 kawen nie, makin bizi pulak..

Okla untuk mengubati kerinduan korang semua..meh aku cita sikit2 apa yang membuat aku bizi okeh!! *erk!! ada org rindu ke nak baca belog aku nih?? Haha..

1. Aku dah tukar kerja
Okeh..sori xsempat nak hupdate dengan korang semua aku dah tukar kerja ya..sekarang aku dah masuk bidang lain..tapi masih ada kaitan..Alhamdulillah rezeki makin bertambah cuma agak bizi la berbanding kerja lama..Kat mana aku kerja? Ha, nun kat salah satu bangunan tinggi kat bangsar tuh..Bangunan UOA Bangsar. Sape2 tahu rajin2 la datang melawat..hehehe


gambo kat ofis baru..saje gatal2 snap muka sendirik..heheh..xbole nak bergaya sangat amik gambo..budak baru la katakan..skema lagi..hehehe


2. Persiapan bulan Ramadhan,
Sedar xsedar kita dah nak masuk minggu kedua pun berpuasa kan..xlama lagi dah nak raya..yeay!!
Seronok sangat rasa berpuasa kali nie..sebab apa? Sebab aku dapat bersahur dan berbuka dengan orang yang aku sayang..setiap hari rasa teruja je nak bangun masak sahur taw..walaupun cuma nasi goreng bodo2 je..hehehe..

3. Album kahwin dah siap. (^_^)
5 Bulan taw amik masa album aku nak siap..akhirnya telah selamat berada dalam tangan aku..cantik sangat.
Terima kasih abang Alsar Photography atas hasil tangan anda yang sangat berseni..bila selak2 album tengok gambar rasa hepi sangat. Serious x percaya..cantik sangat rasa..hahaha...puji diri sendiri..


Gambo aku dengan kawan2


muka belakang album..hehe..muka depa belom snap lg..nati aku snap kan yeaa


lagi...

dan lagi..

ok last pic..


Okeh, rasanya cukup kot aku update 3 benda tu dulu..hehehe kang citer banyak2 korang jemu lak baca... 



Selamat berpuasa kawan2..jangan ponteng2 yea..kecuali anda ABC..hehehehee

Daa..

Wassalam.

Sunday, April 7, 2013

Rupanya sudah 2 bulan.....

Assalamualaikum 

Hye2 semua pembaca belog.. 

Apa khabar kamu semua pada pagi isnin nie? Bersemangat waja ke dah lemau..aiyoyo..jangan lemau2 la..kena bersemangat untuk memulakan kerja. kita mulakan dengan menghupdate belog dulu yea..hehe

Alhamdulillah, sedar x sedar dah 2 bulan rupanya aku bergelar isteri. Setakat nie, dah rasa dah sikit pahit manis masam perkahwinan tu..syukur alhamdulillah, banyak yang aku belajar..dari xpandai masak hingga ke dah hebat sekarang..( walaupun hebat masak sambal dengan masak lemak je) Hehe...

Menjadi seorang isteri nie agak susah rupanya..banyak tanggungjawab..mujurlah aku dah biasa berdikari..sedikit sebanyak aku tak rasa terkejut sangat dengan cara hidup yang baru nie.

Kalau dulu balik kampung jer mesti dekat kampung halaman aku kat Kedah, sekarang dah ada pilihan..
Kedah atau Pahang?
Bagi aku, mane2 pun ok sebab aku dah bole menyesuaikan diri..Tapi kadang2 kekok jugak nak panggil orang lain ma kan..hehe..selalu tersasul la jugak panggil makcik. :P

Sekarang dah msuk bulan 4..ramai jugak yang dah bertanyakan status aku..
'bile nak dapat baby?'
Hehehe...
InsyaAllah..kitorang xmerancang..ade rezeki, adela..kalau xde lagi tu mungkin sebab kitorang baru nak mula hidup berumah tangga kan..belum stabil.
Korang doa2 kan la eh :)



Semoga kami dapat hidup bahagia sehingga ke syurga.

 u dear :)

Thursday, March 14, 2013

My bff da tunang! Yeay ^_^

Assalamualaikum kengkawan..salam jumaat pada semua..

Apa khabar semua..sihat? dah makan tengah hari ke? Aku baru sudah makan..tu yang bersemangat pulak nak update belog hari nie..hehe

Ok untuk entry arini aku nak share gambar majlis pertunangan bestfren aku. syukur akhirnya dia dah jumpa teman hidupnya. Majlis pertunangan bff aku nie pada 3/3/13 aritu. Aku balik kampung taw demi menghadiri hari bahagia kawan aku ni..kalo aku tak balik, meraung agaknya dia..hehe. Mula2 ingat balik dengan bas. Sekali en. ijat pun nak ikut balik jugak..balik la kami berdua ke kampung ku yang tercinta. 

Nie la kawan baik aku, hartina..suweet kan..

Nie hantaran dari pihak lelaki pada perempuan

Hantaran dari perempuan lupa pulak aku nak snap. eksaited sangat nak makan..huahaha..

Semoga percintaan yang terbina berkekalan sehingga ke syurga :) *aisehh..malu lak rasa buat caption macam nie. =_=''

Haha..aku nak jugak menyibuk di tengah2..en. ijat cakap mcam KLCC. hampeh toi..

Syukur Alhamdulillah majlis berlangsung secara sederhana dan sempurna..doa aku semoga pertunangan mereka kekal sehingga jinjang pelamin. Ameen.