Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Sunday, October 30, 2011

R.I.P JOJO SAYANG. T_T

Hye 


Assalamualaikum semua. 


Sori baru update. Penat balik dari konvo semalam. Syukur sangat everything berjalan lancar. Tapi ada satu kehilangan yang buat aku sedih sangat.


Jojo dah tinggal kan aku untuk selamanya. *Menaip dalam tangisan ni :'(


Tak sangka aku, saat aku gembira menerima ijazah, dia pulak tinggalkan aku..huhu. Dah ajal kan. Sungguh aku sedih. Satu2 nya bintang peliharaan aku yang aku sayang sangat2. So, entry kali ni aku tujukan khas untuk hamster aku tu. Jojo. * Maaf kalau nampak over. Cuma nak share sedih aku dengan korang jer. 


Jojo


Jojo aku terima masa aku tengah bizi dengan FYP. Dialah tempat aku lepaskan tension. *Bukan mendera dia yeeaaa..O.o


Masa awal2 aku dapat dia. Nak trained dia punya la susah. Sangat menguji kesabaran. Habis jari2 aku luka digigit SAYANG nyer. Tapi bila lama2, dia dah kenal bau tangan aku. Dia dah jinak. Dah pandai panggil aku sayang. *Ok, itu aku tipu. :)


Jojo yang suka sangat tidor dalam bekas makanan dia. T__T


Dia dah tak menggigit aku bila aku bagi dia makan. Malah bila adik2 aku pegang pon dia okay. Memang dia dah berubah jadi seekor hamster yang baik. :)


Then bila aku putus cinta. Jojo lah yang jadik pakwe baru aku. Aku rasa dia mesti happy aku putus cinta. Haha sebab lebih banyak masa aku spent kat dia kan. Hehehe. Lama2 aku jadi lupa kisah sedih aku. ^_^




Sampai bila2 aku akan ingat jojo. :(


Semalam hari graduasi aku. Sepatutnya aku bergembira. Memang aku happy sebab akhirnya dapat konvo jugak tapi dalam gembira tetap ada sedih. Hari tu jugak jojo tinggalkan aku. Sedih. Mula2 aku nangis sangat2. Siapa2 yang pernah bela pets mesti paham perasaan aku. Tengok cage dia kosong. Tengok barang2 permainan dia sunyi je terletak kat satu sudut. Memang aku sebak. Tapi aku redha, Allah pinjam kan jojo kejap kan untuk aku. Dah sampai masa Dia ambik balik, so aku kena lah terima. 


Terima kasih jojo sebab sentiasa bersama aku susah senang. Semoga Jojo bersemadi dengan tenang. Bak kata kawan aku, Jojo confirm2 dah masuk syurga. :)


Setakat itu saja. Dah tak mampu nak menulis.


Ok bai.


Wassalam.


Coret2: Rest in peace Jojo....

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Raya to all my Indian friends. ^_^

Holla.


Assalamualaikum 


Esok 26hb October. Hari apa kawan2? Yea Hari Deepavali! Pandai korang yee..:P


Kepada semua kawan2 aku yang berbangsa India, aku ucapkan Selamat Hari Raya. Jangan makan laddu dengan maruku banyak sangat taw. Kang tak larat nak panjat tangga Batu Caves. Hoho. O.o


Esok jugak aku akan berpindah rumah. Nak jadik warga Puchong pulak. Huhu. Sok mai la raya rumah aku yea. Haha.


Btw girls, aku nak tunjuk something.



Eh2..asal ada pic gua yang chanteq ni? * Gila perasan!

Bukan gua yang chanteq la , tapi selendang gua tu. Chantik kan? Latest design jugak tuh. Ada macam2 kaler. Eh..eh..aku ni macam peromot something jer..haha. Memang pon. Meh shopping kat sini ye. Harga pun murah2. Korang memang xkan nyesal la wa cakap sama lu. :P


Jap2, aku tunjuk lagi. Mentang2 modelnya aku kan. Asyik peromot jela. Haha. Meh, tengok yang ni pulak.

 

Selendang ni aku pakai siyes senang dibentuk. Lawa jerr. Aku memang suka pakai selendang. Korang suka? kalo suka dan nak dapatkan selendang macam aku? Meh kelik sini. Banyak barang baeeekk untuk korang miliki. Sila lah Kelik. Kelik free je. Order je kena bayar. Hehe.




Okay itu saja malam ni.


Selamat Bershopping yea kengkawan. Wassalam.


Coret2: Aku tengah pening dengar mercun berdentum dentam ni. Bapak kuat. Huhu. Uwaa...nak tido xboley. !__!

Sunday, October 23, 2011

Andai ku ketemu~

Assalamualaikum.


Hye selamat pagi!


Selamat behujung minggu kawan2. ^__^


Hari nie xmau coret panjang2, aku cuma nak share gambar kartun nie je. Kartun apa? Boboboi ke? Spongebob ke? Haha. Xlaaaa... erm, korang tengok lah sendiri. Then fahami.



Hah!. Mung pahe dok? Kalu dok pahe, amik kamus. Tengok!...Haha..rosak bahasa kelate orang aku buat. *orang kelantan jangan marah aaa..ambo baru nak belajar. O.o

Sekarang ni aku mencari sesuatu seperti di atas la.. Sebab tu tajuk aku 'Andai ku ketemu' Kalau aku jumpa. Sungguh aku akan setia. Chewahh! Hahaha *rasa gedik la pulak.Ngeh2x

Mungkinkah aku akan jumpa? Doa2 kan lah yea...aku pon doakan korang jugak. 

Ok la. Nak keluar bercanda ni. *hujung minggu kannnn... :P

babai.

tata~

Wassalam.

Coret2: Pictures regards to my friend. i am sharing from her Tumblr. 

Friday, October 21, 2011

Minggu Lepak

Assalamualaikum.

Oh hye everyone.

Bosan nih. G ofis xdak keje memanglah bosan kan. Bos, sila bagi sy kerja! * Gila kaki bodek  aku ni.Haha

Sebenarnya aku xde keje sebab xboleh lagi nak pergi site. Sebabnye aku xde lagi kad CIDB dengan NIOSH. Penting kad tu. Untuk keselamatan pekerja site macam aku. Yelah kerja dengan HV punya site kan. Jadi apa2 kat anak dara Encik Zulkipeli nie, sapa nak tanggung kan? Huhu

Okeh. Minggu nie memang minggu lepak. Kitorang lepak je kat ofis sambil makan jajan *penat mulut aku mengunyah, Berfesbuk dan berchatting :). Borak Kosong. Wah! Heaven kan kerja aku. Haha. Tambah2 hari ni hari jumaat, lagi panjang la Gua dan kawan gua (2 orang je budak perempuan) kat ofis ni lepak. Bebudak lelaki pergi solat jumaat. Memang best lah bergosip. Haha!

So, Korang macam mana? Apa korang buat hari nie? Nak lepak? Haha..Sapa dekat2 dengan ofis aku boleh la..:P

Sebelum aku mengundur diri, meh aku share sikit2 pic bosan aku. *Pic xdak kerja sebenarnya..hehe

Wajah bosan pertama. Sila abaikan ketembaman saya. O.o


Wajah bosan kedua. Sekali lagi sila abaikan kechubby an aku yea..* tutup muka malu. :X

Wajah bosan ketiga. Angkat kening sikit. Haha. Gilos!

Okay itu saja. See you in the next entry. Adios.

Wassalam.

Coret2: Cinta yang sejati TIDAK akan merosakkan diri. Xde kaitan dengan entry. Sekian. *SMILE


Tuesday, October 18, 2011

Remps Dalam Hujan

Holla!


Assalamualaikum. 


Baru balik kerja ni dan terus on9 *tergedik2 nak hupdate belog sebenarnye. :B


Pheww!! Nak mengeluh kejap. 


KL sekarang asyik hujan jer petang. Kesian beb kat minah motor macam aku. Asal balik kerja jer mesti dalam keadaan lencun. Aku rempit dalam hujan kot. Huhu. *sila buat muka kesian. O.o


*Gambar Hiasan. Tapi cuba cari aku yang mana. Sape dapat jawab betul aku belanje. Hehe.


Pergi ofis pon xde keje lg. Dah 2 hari aku lepak saje kt ofis. Xdapat nak pergi site lagi. Bosan. So, kerja aku dan teman sejawatan pon duduk saja dan melantak.. ^_^ 


Huhu. Balik rumah pon bosan. Member lambat balik. Terlekat dengan jam. Mujur aku remps kan. HAHA *kedengaran ketawa jahat disitu. Menyelit2, kejap je aku sampai rumah.


Nak keluar melepak. Xde member. Ada sape2 nak offer diri? Haha. Sapa offer diri, aku belanja! *tapi sendiri bayar..hehe


Okaylah. Nak tengok tv. Bang Boom Bang. Erm, yea tah hape2 :(


Adios. 


Bai


Wassalam.


Coret2: Nak melepak mamak. Jom. o.O

Monday, October 17, 2011

Rindu!


Hye2 

Assalamualaikum!!

Good morning uollss..bangun2 bsiap pergi kerja. *owh!arini aku mula keje jugak! :P

Rindu? Kenapa rindu? Wadehek aku rasa rindu??Pada siapakah??

Soit!Siot! Aku rindu famili aku la..mak ayah aku..adik2 aku yang kengkong *ayat panggilan manja yea, bkn kingkong. O.o

Dan yang terutama, pada si menatang gambar diatas. JOJO!

Binatang gemok tu sunggguh buat aku tak senang duduk kat sini. Asik fikir pasal dia je. Dah makan ke. Dah ada orang mandikan ke. Bila la mak ayah aku nak hantar dia mai sini. Huhu.

Sabar yea jojo, tak lama lagi kita akan bersua..kita lepas kan rindu dendam kita yea..Haha *Mereng!

Okaylah, nak siap2 nak g keje. *nak merempit nie :)

bai bai 

wassalam.

Coret2: Sebab utama hupdate belog awai pagi ni? Waa..aku ketaq sebenarnya!

Saturday, October 15, 2011

Menggunakan KALKULATOR Untuk Membilang Masa :P

Assalamualaikum!!

Opss! tajuk tak masuk akal. Lantak lahh..HAHA!

Hye uollss...sorry dah lame tak hupdate belog ni. Korang rindu aku ke? * bajet ada ribuan orang baca belog aku! HAHA!

Aku agak sibuk kebelakangan ni. almaklumlah, aku baru pindah mai KEYEL ni kan.. Pastu uruskan pos motor lagi datang sini. Memang penat + letih la wa cakap sama lu. :P *Lepas ni aku jadik minah remps la kt kota raya ni..hahaha

Alhamdulillah, Syukur sangat2. Semuanya berjalan lancar. Cuma sekarang rasa macam2 jer nak start keje. Takut/ Gusar/ Risau/ Cuak *mak oi banyak nya aku rasa! Yelahh...nak bawak motor kot belah keyel ni bukannya sama cilok2 kot celah sawah padi kat kampung aku kan...huhu

Lusa aku dah nak start keje. Omaigot! Takutnya aku!
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan jadikan aku seorang pekerja yang baik, amin :)

Hokeylah! nak pergi mandi. *kantoi xgosok gigi terus update belog. Haha

Eh lupa nak cerita, haritu aku masuk majalah. Xcaya? Hah!, tengok ni aku jadi cover

Haha..okay aku tipu *ngeh2

Sekian dulu, Nanti aku cerita2 lagi yea.

Bai!

Wassalam.


Coret2: Hati berbunga2.lalalala~

Saturday, October 8, 2011

Kisah di KFC Pendang, Kedah...

Assalamualaikum..


hye semuaaa...


Baru balik pekan sabtu  tadi (kind of macam pasar malam version siang). Teman mak aku soping barang basah. Panas woo pendang nie. Panas gak mata ni ushar mamat2 ensem.*haha gatai


Okeh. Apa aku nak share kat sini bukan pasai aku soping ikan temenu (ejaan pakcik juai ikan kt pasar td untuk ikan temenung@kembung) sekilo ke, udang setengah kati ke apa...apa yang aku nak share nie adalah sesuatu yang aku rasa lawak la..hahaha..once korang baca, aku rasa korang pon akan gelak jugak..^O^


Untuk pengetahuan semua, kawasan pendang yang sejahtera tempat aku membesar ni actually baru ada KFC..O.o 


Yeaa, aku taw, tempat lain dah bertahun ada kn...biasalah, kawasan kampung kn..hehehe...


So, untuk golongan anak2 muda, dorang okay lah kalau dalam bab2 nak membeli2 ka nak mengOrder ka..yang jadi masalahnya, golongan tua ni..erm, paham2 jelah kan...


Erm, kalau tak paham jugak..korang baca setori bawah ni...hahaha*aku puas berguling atas katil tadi pas baca...


Sebelum aku copy paste setori ni, aku tunjuk dlu yea pic KFC Pendang..^__^


nie la KFC pendang idaman kalbu.HAhA

nie ceritanya yang aku copy paste dari fesbuk aku...di share kan dari mbe aku..

Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?


pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..

Haha..lawak kan, tapi bila pikir2 balik, kesian jugak kat pakcik ni kn? *tapi ada btui ka situasi ni? ka rekaan je tuk gelak2? ngee~

Nampaknya itu saja yea dari aku,semoga bertemu lg.Haha, gila skema

ok bai,

wassalam.

Coret2: Minggu depan aku dah start kje kt KL, okay warga KL, tggu kedatangan ku..Hahaha. Mereng!

Sunday, October 2, 2011

Say to the WORLD that you are NOT ALONE!!

Assalamualaikum...

hye guys..

Hari ni aku nak share dengan semua tentang sesuatu yang agak peribadi. Mungkin dulu aku tak pernah coret2 kat sini..tapi okay jer kan..nie belog aku kan. Ikut suka aku la nak tulis apa. ye dak?? * maaf, kedengaran unsur2 ganas di situ =B

Macam semua orang tahu atau mungkin tak tahu, aku tak pernah bercinta. Siapa2 yang tak pernah bercinta? Sila angkat tangan! hokey..yang tak pernah, xpe, InsyaAllah ada rezeki untuk korang rasa suatu hari nanti. =)

Hokey! Berbalik kepada tajuk utama. Ya, aku pernah bercinta. Dulu. Tak lama dulu. Tapi cinta aku tak kesampaian. Sebab apa? Mungkin dia bukan JODOH aku kan, Allah lagi tahu. Aku yakin tu ^__^

Bila berpisah. Sedih? Sungguh la aku sedih. Tapi xde la aku menangis terguling2 sampai masuk bawah katil 
* siapa yang pernah buat? dasyhat nyer! o.0

Paling teruk pun, aku demam. Terkejut kan. Hehe.Tapi lepas makan panadol, aku okay la balik. =)
Mujur aku tak buat benda2 yang tak masuk akal macam orang2 sekarang buat. Contoh? err..korang paham2 la sendiri kot. Aku nak pikir pun tak sanggup. Syukur pada Mu Ya Allah *amin.


Awal2 perpisahan, aku lemah sangat. Sangat lemah. Hampir2 aku beri peluang pada orang yang tak pernah tahu menghargai tu. Tapi kemudian aku sedar. Dia bukan untuk aku kan. Memang aku sunyi! sunyi la..henpon kalau sebelum ni berkepit je. Sekarang entah kemana tah henpon tuh. err..bawah katil kot =O
Tapi aku tak berseorangan la sebab aku ada ibu bapa, ada adik2, ada kawan2 rapat. Diorang yang membahagiakan aku. Thanks guys. 

So, pada siapa2 yang pernah putus cinta, dan masih tengah dalam tempoh berkabung yang tak berpenghujung. Wake up la weh!! Kalo korang menangis sampai bengkak2 mata,  Pastu muka sembab macam kain buruk * Ops!!....hubungan tu takkan bersambung kembali pun. Benda yang dah jadi, biarkan jadi. Jaga maruah korang. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Nak bunga apa..tulip, ros, taik ayam?? berlambak kat belakang rumah aku...eh, terlari tajuk pulak. Sori. =)

Maksudnya kat sini...perpisahan tu memang menyakit kan.. Dulu aku tak rasa. Tengok member2 yang putus cinta. Aku hanya bersimpati. Nak bagi nasihat aku xberapa pandai. Bila turn aku rasa. Baru aku mengerti. Sakit woo.. So, Kalau korang kata, korang tak kisah putus cinta. Bohong lah! errrmmm tapi boleh jadi la jugak kot kalau korang ni kaki perempuan/ kaki lelaki..Memang korang x kesah..=p * especially kalau yang jenis mulut manis. hurmm..

Tapi percayalah. Perpisahan buat korang tabah. Buat korang percaya. Allah tahu apa yang terbaik. 

Kalau korang nak tips mengatasi putus cinta ke hape ke lagi..rajin2 lah korang blogwalking di belog2 kat list2 aku ni.. Baca ulasan2 diorang. InsyaAllah, sedikit sebanyak meningkat kan keyakinan dan ketabahan korang.

Hokey lah. Panjang pulak bebelan aku nie..peribadi lah sangat kan..hahahaha..aku cuma nak berkongsi je sikit2. *buat penambah kuantiti entry sebenarnya. =)

Semoga aku sentiasa tabah menghadapi hari2 esok. Dan aku doakan korang pun sama. 
Yuk! chaiyok2!!

''Seandainya awak baca, saya nak awak tahu saya berterima kasih atas perpisahan ni, kalau tak saya takkan sekuat ini. Jangan risau pada jodoh. Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Terima kasih, awak'' 

Y(^_^)Y

Wassalam