Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Saturday, July 7, 2012

Outstation to Cameron Highland..sejukkkk!!

Assalamualaikum..


Hehe. Lama tak menulis. Sebenarnya aku baru balik dari outstation dekat cameron highland. Perghh!! bosan giler stay sana lama2..Hampir 4 minggu kot aku kat sana. Tapi weekend balik la KL ni..tak sanggup aku. Mula2 sampai teruja giler..waa..cameron highland..sejuknyerr..cakap mulut keluar asap woo..masuk hari ke-3..aku dah nak beku tinggal sana..kalau tak sebab kerja dah lama aku balik KL..huhu.


Untuk sape2 yang tak pernah naik cameron, aku saran kan..naik la..rasai kesejukkan mandi waktu pagi kat sana..rase macam mandi dengan air dari peti sejuk tahap beku taw..Nak sejuk dan best, stay la kat Brinchang..kalau Tanah Rata kurang sejuk..pastu hotel banyak tak best..baik naik sikit lagi 4km ke Brinchang..sane view lagi cantik..lagi sejuk..nak lagi sejuk tahap gaban, korang naik la sampai puncak..hehe..Kat atas sana, aku dah puas dah makan strawberi. Sampai breakfast pun dengan strawberi la..



Site aku dekat Ulu Jelai, dekat sejam lebih jugak kalau nak turun dari brinchang..bosan2..mujur aku pergi dengan team2 yang best..kira kurang bosan la..tapi rindu menebal kot..dekat tuti..dekat encik Tunang..huwaaa~


Nie la site bangunan tepi bukit tempat aku buat testing. PMU Ulu Jelai 132/ 11kV. Panorama kat sini cantik, nak pulak bila ada kabus..sangat nyaman.


Tapak2 tempat aku meninmba ilmu..chewaahh..hehe..bahagian circuit breaker dengan ct. Geng2 lelaki kena panjat benda ni bila nak buat testing. Geng perempuan macam aku, kontrol ayu kat bawah..huahahaha..


Lagi ct red yellow & blue. Benda ni tinggi tau, ade member aku naik gayat..hahaha..


Ini hasil nurkilan bila aku dah bosan tunggu result..cantik x safety boot aku? Ngeee...


Dekat Brinchang memang sejuk..kalau pagi2, time nak breakfast..memang aku tak tahan..terpaksa pakai sweater bila keluar bilik. Dah rasa macam duduk oversea pulak. Takpe2 persediaan kan..nati aku kan nak pindah london..wekk!! Berangan..HAHA..


Muka tension tunggu makanan lambat sampai..tapi sambil2 tu balas la jugak mesej2 dari teman2..hehe..kedai aku makan ni nama dia Nik Ikan Bakar..makanan sedap..tapi ramai orang..memang agak bosan la menunggu masa anda di sajikan..



Okay last pic from today, ni umah orang asli yang aku sempat snap. Rumah ni dekat je dengan site aku..so bila dah bosan tahap bengong buat testing..aku pun gatal tangan la snap2..


So, itu saja coretan aku kali ini..sekadar melepas kan gian menulis..dah lama tak menulis..asyik pegang testpen dengan panel2 relay je..aku chow dulu..


Adios, doa2kan aku sentiasa bahagia dan dipermudahkan segalanya okay!! 


Daaa~