korang watpe arini?
hari ni aku sibuk gile dan mcm2 terjadi..
pagi td aku exam final paper..hoho..tah hape2 aku hentam...pastu aku setelkan pos motor balik kedah....on the way pergi NationWide, tayar lak pancit (-__-")...ades...
then pergi byr streamyx*dh kena potong sbb 4bln xbyr....sbb tu aku xdpt nk hupdate belog...(!___!)..
then pergi melantak McD..hamek kau aku pesan BigMac!!...
then aku dpt satu mesej yg really buat aku terkejut dan sedih...mbe sekolah aku Ratna dah xde..beliau dibunuh!!
Ya Allah...innalillah...
thank to my bestfriend coz forward mesej tu...sungguh aku terkedu seketika..mcm xpercaya....selalunye berita2 mcm tu aku bca dlm paper, dalam tv jer...kali nie mbe aku sendiri mangsanya...(!___!)
meh aku kongsi kan dengan korang beritanya....
Wanita dibunuh kerana enggan terima lamaran
2011/05/03
ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu.
Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan.
Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. - BERNAMA
sedihkan....kenapalah lelaki tu sanggup membunuh hanya kerana mbe aku tolak lamaran dia??? ada yang aku baca lagi...diorang kata..lelaki itu bukan teman lelaki beliau..tp cuma secret admirer beliau...huhu..dunia2..
saat ni terbayang2 aku wajah beliau yang suka senyum tu..cantik!
last aku jumpa beliau masa reunion SMKP last year....dan aku xsangka..rupanya itu btul2 last aku jupa beliau...
bawah nie aku kongsikan korang pic kitorang masa reunion last year
nie pic aku reunion tahun lepas kt KFC..arwah kt dlm gambar yang aku bulat kan tu..mari sama2 kita sedekah kan beliau Al-Fatihah...
coret2:masih terbayang2 aku senyuman beliau masa reunion tu...Ya Allah, Kau tempat kan lah dia di kalangan hambaMu yang beriman...
inalillah
ReplyDeletexsangke kan
tu la manusia ikot nafsu sgt
semoga roh dia tenang di sana~
ReplyDelete