Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Sunday, October 2, 2011

Say to the WORLD that you are NOT ALONE!!

Assalamualaikum...

hye guys..

Hari ni aku nak share dengan semua tentang sesuatu yang agak peribadi. Mungkin dulu aku tak pernah coret2 kat sini..tapi okay jer kan..nie belog aku kan. Ikut suka aku la nak tulis apa. ye dak?? * maaf, kedengaran unsur2 ganas di situ =B

Macam semua orang tahu atau mungkin tak tahu, aku tak pernah bercinta. Siapa2 yang tak pernah bercinta? Sila angkat tangan! hokey..yang tak pernah, xpe, InsyaAllah ada rezeki untuk korang rasa suatu hari nanti. =)

Hokey! Berbalik kepada tajuk utama. Ya, aku pernah bercinta. Dulu. Tak lama dulu. Tapi cinta aku tak kesampaian. Sebab apa? Mungkin dia bukan JODOH aku kan, Allah lagi tahu. Aku yakin tu ^__^

Bila berpisah. Sedih? Sungguh la aku sedih. Tapi xde la aku menangis terguling2 sampai masuk bawah katil 
* siapa yang pernah buat? dasyhat nyer! o.0

Paling teruk pun, aku demam. Terkejut kan. Hehe.Tapi lepas makan panadol, aku okay la balik. =)
Mujur aku tak buat benda2 yang tak masuk akal macam orang2 sekarang buat. Contoh? err..korang paham2 la sendiri kot. Aku nak pikir pun tak sanggup. Syukur pada Mu Ya Allah *amin.


Awal2 perpisahan, aku lemah sangat. Sangat lemah. Hampir2 aku beri peluang pada orang yang tak pernah tahu menghargai tu. Tapi kemudian aku sedar. Dia bukan untuk aku kan. Memang aku sunyi! sunyi la..henpon kalau sebelum ni berkepit je. Sekarang entah kemana tah henpon tuh. err..bawah katil kot =O
Tapi aku tak berseorangan la sebab aku ada ibu bapa, ada adik2, ada kawan2 rapat. Diorang yang membahagiakan aku. Thanks guys. 

So, pada siapa2 yang pernah putus cinta, dan masih tengah dalam tempoh berkabung yang tak berpenghujung. Wake up la weh!! Kalo korang menangis sampai bengkak2 mata,  Pastu muka sembab macam kain buruk * Ops!!....hubungan tu takkan bersambung kembali pun. Benda yang dah jadi, biarkan jadi. Jaga maruah korang. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Nak bunga apa..tulip, ros, taik ayam?? berlambak kat belakang rumah aku...eh, terlari tajuk pulak. Sori. =)

Maksudnya kat sini...perpisahan tu memang menyakit kan.. Dulu aku tak rasa. Tengok member2 yang putus cinta. Aku hanya bersimpati. Nak bagi nasihat aku xberapa pandai. Bila turn aku rasa. Baru aku mengerti. Sakit woo.. So, Kalau korang kata, korang tak kisah putus cinta. Bohong lah! errrmmm tapi boleh jadi la jugak kot kalau korang ni kaki perempuan/ kaki lelaki..Memang korang x kesah..=p * especially kalau yang jenis mulut manis. hurmm..

Tapi percayalah. Perpisahan buat korang tabah. Buat korang percaya. Allah tahu apa yang terbaik. 

Kalau korang nak tips mengatasi putus cinta ke hape ke lagi..rajin2 lah korang blogwalking di belog2 kat list2 aku ni.. Baca ulasan2 diorang. InsyaAllah, sedikit sebanyak meningkat kan keyakinan dan ketabahan korang.

Hokey lah. Panjang pulak bebelan aku nie..peribadi lah sangat kan..hahahaha..aku cuma nak berkongsi je sikit2. *buat penambah kuantiti entry sebenarnya. =)

Semoga aku sentiasa tabah menghadapi hari2 esok. Dan aku doakan korang pun sama. 
Yuk! chaiyok2!!

''Seandainya awak baca, saya nak awak tahu saya berterima kasih atas perpisahan ni, kalau tak saya takkan sekuat ini. Jangan risau pada jodoh. Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Terima kasih, awak'' 

Y(^_^)Y

Wassalam

4 comments:

  1. Hai pemilik hati yang patah..

    “…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

    Btw, nice dslr camera, nice pic. :-)

    ReplyDelete
  2. Hye anon,

    terima kasih utk kata2 itu. Sangat indah. =)

    ReplyDelete
  3. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..nice entry ;)

    ReplyDelete
  4. tenkiu cik tom,Suka baca tip2 CIK TOM *tgh praktis tip2 diet CIK TOM ni..hehe..hope berjaya =)

    ReplyDelete