Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Friday, October 22, 2010

::❤Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?? ❤

"Sudah la..kau jangan nangis lagi...kalau menangis sampai terkeluar bijik mata pun, dia xkan balik pada kau..hubungan cinta korang dah berakhir..dia xpernah hargai kau pun..kau jer yang macam terhegeh2 suka dia..dia??..tah sekarang tengah berseronok lepak dengan kawan2..lagipun, dia dah cakap kan..dia tak pernah cintakan kau..sabarlah..memang dia bukan jodoh terbaik tuk kau..Allah lagi tahu yang terbaik untuk kau..mesti ada sebab kenapa Allah temukan kau dengan dia..pilihan yang salah..."

Pernah tak terfikir...kenapa lah..sume ni terjadi??kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah??
Soalan macam ni selalu kan kita fikirkan bila cinta yang kita nak..kita dambakan tak pernah dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kalau cinta tu, dibuang macam tu saja...sakit, kan??tapi, itulah sebenarnya pertanda yang terbaik untuk diri kita dan juga kehidupan kita pada masa akan datang. Jadi, kenapa Allah temukan kita dengan dia??

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.
  •  Allah tahu yang terbaik untuk kita...mula2 mungkin kita berjumpa dengan orang yg salah, teruk, jahat, suka permainkan hati perempuan..kita tinggalkan..atau ditinggalkan..biarla, sudah memang bukan jodoh kita..so, bila kita jumpa dengan jodoh yg sebenar...ha, masa tu baru kita akan terfikir, nasib baiklah aku tak kekal dengan dia tu dulu..syukurla, ada jodoh yg lagi baik untuk aku rupanya..see?Allah Maha Mengetahui kan??
2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik
  • Bila kita berpisah dan berjumpa dengan orang yg lagi better dari terdahulu, kita akan lebih pandai menilai,  lebih matang dalam membuat keputusan..sebelum buat keputusan untuk terima seseorang dalam hidup, kita akan nilai dulu sedalam2 nya..kemudian barulah buat keputusan yg terbaik..
3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
  • Kita hanyalah hamba yg lemah di sisi Allah, jadi bila kita bertemu dengan orang yg salah..kita akan sentiasa hidup dalam keadaan terluka.. semua orang akan salahkan kita..kenapa pilih dia dulu, kenapa sayang sangat dengan dia dulu..kita?berterusan dalam kesedihan dan menyesali diri..tapi ingatlah Allah tak pernah lupakan kita..Dia sentiasa ada..langsung Dia xsalahkan kita..

4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat kasih sayang terbaik khas untuk diri kita.
  • Semua orang nak kasih sayang yg mutlak untuk dirinya kan...sebab tu ada hikmah bila kita bertemu dengan orang yg salah..terluka, sedih..semuanya akan terubat bila kita dapat kasih sayang yg terbaik dari insan yg betul2 sayangkan kita. 

5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyanyang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • Putus cinta??Ditinggalkan kekasih??berapa ramai orang yg mempunyai pengalaman macam ni??Jadi, bila Allah temukan kita dengan orang yg salah..kita akan dapat peluang yg limited ni..hasil daripada peluang ini adalah satu pengalaman yg memang melukakan tapi mengajar kita menjadi seorang kuat mental dan emosinya..
7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
  • Bila kita pernah mengharungi saat duka yg terlalu dalam, kita akan berubah menjadi manusia yg kuat, tegar serta hebat jiwanya..kita takkan mudah lagi tunduk pada sesuatu yg pernah menggoyahkan iman kita dulu~
8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada bersama Allah.
  • Cinta yg paling suci hanya la untuk Allah, tapi berapa ramai yg sanggup mendambakan diri untuk Tuhannya??Bila bercinta, semuanya 100%, kepercayaan kepada kekasih 100%, sayang pada kekasih 100%..so bape peratus yg tinggal untuk diri dan keluarga??
9. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yg tak selamanya kekal.
  • Bila kita bersendiri, macam2 akan kita fikirkan..hal dunia, hal akhirat..saat bercinta memang indah..sehingga kita kadang2 terlupa yg kita bukan di alam syurga..nak bersenang-lenang menikmati kemanisan cinta, tapi kehidupan kita penuh dengan cabaran..semua tak kekal..kerana akhirat sentiasa ada menanti kehadiran kita...



So,
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Carilah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya..


Percayalah sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya..


Coret2:ALLAH knows the BESt!~♥

No comments:

Post a Comment