Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Friday, September 23, 2011

Berserah.

Hye2..

Assalamualaikum!!

Ini setori hari ni. Hoh, mestila hari nie..tengok tarikh la. ok! ---> maaf, ayat macam bangang, penat interview. =p

Haha..aku sebenarnya sekarang dekat rumah sewa member aku kat kerinchi. Lepak sini sebab pergi interview tadi. Huhu..penat gila, aku dah la bersemangat dah nak interview tadi..alih2 kerani tu bagitahu, orang yang sepatutnya incharge aku outstation pulak T__T,

Berlalu lah aku balik dengan penat..tapi dia dah janji, esok aku interview balik. hope ada la luck aku..harapnya lah...if tak, kembali ke Kedah! sambung balik kerja. Hidup seperti biasa. *macam la luar biasa sangat hidup aku sebelum nie O.o

Aku menghupdate belog nie pakai lappy member aku ni..dah kelaut manatah dia tido. Aku jer yang terkebil2 sorang2 xboleh tido. Tu yang teringat nak hupdate menatang ni. Hehe.

Godek punya godek..terjumpalah aku satu pic aku masa zaman uni dulu. Pergh!, kurus rupanya aku dulu. Haha. Meh tengok meh..


Haha..sungguh innocent muka aku time ni..tudung labuh jer, baiknya aku dulu, tak macam sekarang. (-_-")

Hokeh. Aku pun nak tido dah la..jeles tengok member aku membuta. 

Nite guys.

Wassalam.

Coret2: Doakan aku yea untuk esok, insyaAllah. * fingers crossed 

Tuesday, September 20, 2011

✿ Pemberitahuan: Majlis Konvokesyen Ke-sebelas UTHM 2011 ✿

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bebeh!


(^__^) ---> Ini muka gembira aku masa menaip entry ini..hahaha~ mengong :)




Ada baca tajuk kat atas tu?..haha, mesti baca kan..so, dengan ini aku nak share la dengan korang2 semua...aku bakal berkonvo pada tarikh 29, 30, 31 Oktober 2011 nie. Akhirnya~


Yeay!!


Mesti ada yang cakap kan.."apa daaa...itu pon nak kecoh, orang lain pon konvo jugak..dah lepas ponnn", So what?~, Biar la..itu hari bersejarah aku, penat kot aku belajar sampai 4 tahun untuk hari yang bersejarah ni...korang ada ke? -,,-


Huhu..aku dah kena buat preparation ni...eh, halamak!!! Belom kurus lagi ni! Camnerrr??Abes la buruk gambar graduation aku..uwaaa T____T. Nie sume salah mak aku lah masak sedap2 sangat kat rumah ni. oho apa kena mengena? o.O


Hahaha..xpa2, ada masa lagi. Mulai esok, aku tanak makan. Boleh kot kurus. Korang rasa boleh tak? Yeah, yakin diri!. ayat penyedap hati sendiri~


Oh yea, tadi aku dapat call, dapat interview. Huhu, better offer tu..nak g ke tak eh? Tapi dah rasa selesa dengan position sekarang...try jelah kan..hehe..


Hokeh. Wish me luck for the day after tomorrow kay. :B


Babai dan Wassalam.


Coret2: Petang semalam adik aku dah mencemar kan habit makan jojo aku..dia bagi makan BELALANG!! oh tidak!! T__T

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Malaysia!!!......MERDEKA!!!

Assalamualaikum dan hye hye Malaysia..


Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia dan MERDEKA buat semua yeaa...


Mari kita berdoa semoga Malaysia sentiasa aman dan damai sampai bila2...amin


Hokeh. apa yang aku nak cerita kali ni bukan pasal aku pergi sambut merdeka ka..bersesak2 dengan orang perbarisan ke apa..tapi cerita lain, cerita aku pergi jamuan raya sekolah mak aku..


Cerita xdak la best mana pon..hahaha..cerita makan..untuk orang montel macam aku..*opsss..termengaku pulak, benda makan memang best la...


Jom layan gambar jela..





nie muka aku si Bam2..menunggu makanan tiba dengan sabar. *pic kredit to mama ---> mak aku nie  sebenarnya takut nak pegang camera, amik gambar..takut meletup..hahaha



Mama tengah melayan adik bongsu aku, si farhaan yang tetiba hot fm sebab baru bangun tidur. Ungkapan kami adik beradik bila farhaan hot macam ni ialah "nabil farhaan baru lepas makan tebuan"..dan hasilnya, memang kami sorang sedikit dapat debik2 free dari pemakan tebuan tersebut...hahaha..

Okeh. makanan sudah sampai..jom kita makan..eh eh. aku jer yang dah makan. korang tengok saja.hahaha..



Ye tuan2 dan puan2...santapan kitorang petang tu ada bawal bakar, telur goreng, kailan ikan masin, tomyam campur, sotong goreng tepung, ikan apetah masak 3 rasa..dan banyak lagi yang aku xkenal nama...hahaha..sedap weh, nie baru sebahagian, aku tak sempat amik gambar semua sebab tangan aku dah kebulur nasik..hahah..buruk perangai kuat makan aku..^___^



sesi melantak dah bermula ~

kesimpulan nya memang aku kenyang gila ah...tapi x berapa nak best sebab x semua famili aku ada...

lepas je makan pergi la pantai, kebetulan restoran kami makan tu sebelah je dengan pantai...amik la gambar lagi.haha selagi terdaya kan.


ayah aku tengah termenung melihat kecantikan alam..teheeee~


bergambar dengan adik aku farhaan...posing tah hape2..nie idea mak aku la ni...hahaha..

hokeh. cukup cerita pasal jamuan raya. 

oh yea..baru2 ni aku ada belikan exercise ball untuk hamster aku, jojo....maka, balik rumah, dengan gembira nya lah aku masuk kan jojo dalam tuh. mula2 dia berexercise jugak lah dalam tu..

sepuluh minit kemudian,


korang nampak tak apa binatang kecik bertuah ni buat???...xnampak eh, meh aku close up sikit..


hah, dah nampak sekarang?? Jojo tidor jer dalam exercise ball dia!! 

memang dasar binatang gemok!!

geram + nak tergelak lah aku..niat hati aku beli bola tu sebab aku nak dia exercise..dah gemok sangat jojo sekarang...alih2 dia tidur je dalam bola tu..huhu..

So, kena pikir kan cara lain untuk kuruskan dia dan tuan dia ni..hahahaa...if aku muat masuk bola tu, dah lama aku exercise dalam tu..haha, okeh cukup berangan..

aku nak iron baju, esok kerja!..adesss (-_-")

wassalam~

coret2: baru lepas bagi jojo makan, sambil2 teringat sesorang yang pernah istimewa buat aku, semoga sekarang dia bahagia dengan pilihan hati dia. i always pray for you. remember that. :)

Wednesday, September 14, 2011

Words of the day =)

Coret2: Sorry, kita tak ditakdirkan bersama....

Tuesday, September 13, 2011

Nak dengaq secebis nasihat tak???

Okeh.


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sihat? harap sihat okeh.


Hari ni aku tak nak celoteh hal aku panjang2..cuma mau share secebis..owh, secebis kah!..teheee...orait secebis nasihat untuk kita semua...wah, kebelakangan ni belog aku banyak berkisar pasal ilmu agama dan nasihat kan..


* walaupun baru 2 entry..haha..kira ok la kan..


Okeh. mari mula.


Tajuk nasihat ni, aku letak..nasihat yang indah! kenapa nasihat ini indah??? meh kita sama2 baca dan amal...ops..sebelum tuh, aku nak terangkan sikit, nasihat ni ada empat bahagian..so, kalau semua bahagian kita dapat seimbangkan..insyaAllah, berkat dan bahagia hidup kita..wekss!! ayat skema awat xtaw hari ni..huhu..


Bahagian pertama: KESIHATAN


1. Minum air banyak2! , kalau boleh bagi cukup 8 gelas sehari taw!
2. Bersederhana dalam mengambil makanan dan makan mengikut aturan, macam apa omputeh cakap tuh; eat breakfast like a king, lunch like a princess and dinner like a beggar. :)
3. Banyak kan membaca..kalau boleh, lagi banyak dari tahun lepas..kalau tahun lepas setengah buku..tahun nie cuba habis kan yea..habis kan yang tahun lepas pon dah dikira okay kot..teheee~
4. Tidur mencukupi..cuba tidur selama 7 jam sehari..jangan pulak melampau2 kalau tidur  dari zohor harini sampai zohor esok pulak yeaa..
5.Bersiar2 setiap hari selama 10-30 minit..dan, sambil bersiar2 tuh, jangan lupa SENYUM yea.. :)


Bahagian Kedua: KEPERIBADIAN


1. Jangan bandingkan hidup kamu dengan hidup orang lain. redha la..sebab setiap yang Allah janjikan untuk kita..itu yang terbaik.
2. Sentiasa berfikiran positif. jangan asyik fikir buruk jer..lama2 muka pun jadi buruk!.
tett! ok aku over je.
3. Bermimpi! biarpun ketika anda sedar. macam mana nak buat? try la..hehe
4. Lupa kan perkara yang lalu, tumpu pada masa hadapan. tak payah lagi nak ungkit2 benda lepas ok. tak mendatangkan faedah pun..kesudahan nanti gaduh jer memanjang...huhu
5. Senyum dan ketawa selalu. jangan ketawa sorang2, nanti kena cop GILA...bergaul dengan kawan2, pastu buat la lawak..kalau diorang tak ketawa..kau ketawa je..nanti diorang follow la..hahaha
6. Sentiasa beralah. ini kena tengok tempat dan keadaan jugak yea..perjuangkan apa yang hak!


Bahagian Ketiga: MASYARAKAT


1. Kalau duduk berjauhan, selalu la hubungi mak dan ayah anda. jangan habiskan kredit untuk boipren dengan gelpren je..yang sara korang mak ayah..bukan diorang!
2. Sentiasa bebuat baik untuk diri sendiri dan orang lain. bangun pagi2, fikir. apa yang korang nak buat hari ni untuk gembira kan semua orang?
3. Maafkan semua orang setiap hari. Ada pakar motivasi pesan, sebelum tidur, maafkan semua orang yang buat salah dengan kita, insyaAllah..bangun esok, hari kita lebih gembira. =)
4. Cuba luangkan masa bersama warga tua dan kanak2. warga tua ada banyak ilmu dan petua yang boleh dikongsikan...kanak2 pulak, diorang boleh mengembirakan korang! try la. 
5. Cuba buatkan sekurang-kurangnya 3 orang disamping anda senyum dan ketawa setiap hari. geletek badan diorang xaci yea..hehehe

Bahagian Keempat: KEHIDUPAN


1. Buat perkara yang terbaik!
2. Tabah menghadapi segala cabaran. Baik ker buruk ke, percayalah..ada hikmah terselindung.
3. Hadapi sesuatu dengan matang. Walau apa jua yang anda hadapi, senyum dan berusaha. itu lagi baik dari bermuram durja, :)
4. Perkara yang baik sentiasa datang kemudian. so, banyak kan bersabar. 


dah habis....macam mana? 


indah tak?


tak indah...tsk..tsk..tsk..korang ni memang xberjiwa motivasi!


haha..hope ada la secarik dua yang dapat kita amal kan rite, tak rugi membaca..tapi rugi tak amal..hehhee..


sekian nasihat dari aku,


gambar kurang hassam- taken by nabil farhan, adikku yang busuk! HAHA


selamat beramal! - profesor izi haji ali Eh! profesor umi zukipeli ( perasan!!)


Wassalam.


coret2: PLEASE realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.



Tuesday, September 6, 2011

Kerja..kerja..kerja...


Hai hai..

Assalamualaikum...

Dah lama rasa aku xhupdate..sebok bekerja la katakan..hehe..overall kerja aku ni quite best la..fun jer dengan co-worker aku..tambah2 aku pulak jenis ramah tamah kan..kejap jer aku dapat ramai kawan..hehehe...
korang apa ceqhita??harap2 success selalu la yea hendaknyer....

erm..apa yea aku nak share hari ni?? owh ya...tadi aku lelayan (BM hampeh) la fesbuk...terjumpa lah aku dengan satu video best ni..ceramah dari seorang ustaz popular di pantai timur..ha, korang mesti leh agak kan..

yea betul2..ustaz Azhar Idrus namanya....*tepuk2 tangan anda ^__^

dalam video ni..dia ada cakap yang lelaki pakai inai masa kahwin, hukunya HARAM!

fuh, kalau ikutkan..sekarang ni, ramai je kan pengantin lelaki tempek inai kat jari..huhu..selalunya 3 jari yang hujung tu la...

lepas ni..dah tahu, xpayah la buat eh, cakap kat bakal2 laki, boipren dan sewaktu dengannye..xpayah la tempek inai nanti..biar Ai (merujuk pengantin pompuan) je yang tempek sampai ke lengan yeaaa*teheeee~

so, disini aku share la video tu..semoga sesama kita dapat manfaatnya...







ingat yea...para2 pengantin lelaki...anda HARAM pakai inai!!..jangan dok bergedik2, terguling2 lagi merayu kat mak nak pakai inai yea pasni..hehehe..


sekian dulu dari aku <--- eceh, macam tulis surat..


adios,


wassalam


coret2: sharing is caring, caring is i love you..haha okay gedik!

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!!!

Assalamualaikum.


Baru sudah makan ketupat buatan sendiri. Whoa..lembut dan sedap..hehe..korang pandai balut ketupat ker??mak aku cakap zaman sekarang, xramai anak dara pandai balut ketupat..isk..isk..tetiba pulak aku rasa bangga termasuk golongan anak dara yang pandai balut..keh..keh..


orait..raya sudah pun masuk hari ke3, berapa jumlah terkumpul duit raya korang?puluhan ringgit kah?..ribuan kah? jutaan kah?..okay, merepek. Aku rasa sedih la tahun ni, you know why..makin tua..makin kurang duit raya dalam tangan..sob..sob..eh, bukan tua..berusia..hehe..patutnya..makin besar, patut dapat banyak duit raya..sebab makin besar, makin banyak nak pakai duit..budak kecik tak boleh pegang duit banyak2 rite? :P


Erm, tadi petang aku timbang berat..adoi, macam bertambah jer bacaan..huhu..ni akibat membalas dendam la ni..so, DENGAN INI AKU JANJI X AKAN MAKAN BANYAK LAGI ESOK!..erk!, boleh percaya ker janji aku ni??..hahaha..tahun lepas pon aku cakap benda yang sama..last2 timbang..naik jugak T__T


Banyak sangat celoteh..meh aku share gambar2 raya la eh..korang tengok, aku rasa aku makin cun jer..hahaha..walaupun sedikit montel yea..diet time berpuasa yang xmenjadi..hehehe..yang penting aku gembira jer raya ni..even dah xde lagi teman istimewa, tapi itu bukan penghalang untuk kita bergembira di hari raya rite??




Bergambar bersama dekat rumah tok esah..tema baju raya famili aku tahun nie gold..erm, tapi aku rasa baju raya aku..xdela gold sangat..hahaha




Adik2 aku...farah dan fatin bergambar dengan tok wan aku...




Kat depan rumah sebelum keluar beraya..




Farhaan dan Farah..haha, sometimes kengkawan aku ingat diorang ni kembar..korang rasa??  :P




Boria Pendang..hahaha




Sesi membalas dendam di rumah mak tok




Bersama mak sedara, maktok dan sepupu..chantik2 kan?? hehehe




Raya ke2 kat kampung...




Hero2 ku yang tersayang..


So, raya korang macam mana? i bet mesti meriah dan best jugak kan...duit raya pun mesti banyak kan dapat..hehehe..kalau banyak tu, meh la share2...


okay aku mau layan movie la kejap..esok pergi beraya lagik..makan lagik T___T




Oleh itu, aku UMMI FARIDATUL AKMAR ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua umat islam yang meraya kan hari lebaran ini..kepada sesiapa yang mengenali diri aku, harap 0-0 eh, kalau duduk dekat2 dengan rumah, meh la datang beraya..kueh raya jangan risau..banyak lagi..tapi kalau datang dah sebulan raya..serdak2 jela aku dapat sajikan nanti.hehehe


Adios.


Wassalam.


coret2: Selamat Hari Raya kawan. *wink