Pages

HYE SEMUA....WELCOME2 EVERYONE
TERIMA KASIH KERANA DATANG MELAWAT..Y(^_^)Y

About Me

My photo
Kedah, Malaysia
Nama aku Ummi. Aku suka senyum. Tak suka menangis. Impian aku nak hidup bahagia. Itu je. Yang lain aku tak kisah. O.o

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Wednesday, October 17, 2012

Diy Bunga Reben

Selamat Malam..sehat semua?..pada malam yang masih muda ini dan aku pulak kebosanan membuatkan aku nak share sesuatu dengan korang. Projek diy aku yang pertama..Mempersembahkan bunga reben!!

Nie sume sebab terpengaruh dengan blogger2 b2b yang lain la..hari2 aku dok godek tengok dorang punye diy sampai tercetus idea mentol aku nak mencuba jugak..

So, nak share la jugak dengan korang2..sape2 yang baru menjinakkan diri nak buat benda2 diy ni..jom la..seronok taw..

Caranya aaaamaatlahhh senang..xpakai banyak barang pon..yang penting kena ada semangat dan kesunggguhan yang jitu..chewaahh.. =)

Ok jom kita mula...banyak sangat membebel aku ni..hehe

Bahan2:
1) Riben (ikut suka design dan corak) - janji korang rasa hepi.
2) Benang & jarum 
3) Gunting
4) Butang comel2 or butang biasa2..ikut suka daaa..hehe


Riben

Jarum & benang & butang

1. Langkah pertama, korang gunting dulu riben tu..agak2 la panjang mana..kalau nak bunga sama saiz, potong sama panjang..kalau nak bunga kicik besar..kicik besar..potong pon panjang pendek panjang pendek la..hehe..


2. Lepas dah potong, jahit jelujur..jahitan ni xperlukan kemahiran sangat pon..yang penting kerajinan..hehe..jahit sampai hujung taw.


3. Bila dah sampai hujung, korang tarik pelan2 sampai riben jadi berkedut macam gambar di atas. Matikan benang supaya kedut tu xterbukak. Penting ni. =) Kan dah macam bentuk bunga....

4. Disebabkan aku nak buat 2 bunga yang bertindih, jahit satu lagi reben dengan gaya yang sama..

Bunga pertama dah siap, bunga kedua in progress..hehe


5. Tindih kan bunga pertama dan kedua..biar mereka menjadi sehati sejiwa..okay dah start merapu..hihi.. Nak lekat molek. jahit dan matikan.


6. Kemudian ambik butang dan letakkan kat tengah2 bunga tu pastu jahit. 

7. Taraa!! hasilnya setelah butang dijahit pada bunga. Cantik kan? Hehe..

So, selamat mencuba! ^_^Y

Coret2: Buat bunga banyak2 xde tujuan yang khusus pun lagi..hehe..xpe yang penting kerajinan ade. Yeah!! 

No comments:

Post a Comment