Hawa...
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yg solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yg meringankan beban suamimu,
Andai engkau sudah bergelar ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah
Hawa...
Andai engkau belum berkahwin,
Janganlah engkau risau dgn jodohmu,
Ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrim,
Kerana khuatir dr mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman, tercetuslah salam,
Dan sekaligus disusuli dgn pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri
Hawa..
Lelaki yg baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuan, keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
Tetapi...
Lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yg penting pegangan agamanya..
Lelaki yg baik juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya,
Kerana dia takut memberi kesempatan kpd syaitan utk menggodanya,
Lelaki yg warak juga tidak mahu bermain cinta,
Kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan
Oleh itu Hawa...
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, dan kuatkanlah imanmu,
Andai ditakdirkan tiada cinta drpd Adam untukkmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan juwamu,
Biarlah hanya cinta dr kedua ibu bapamu yg memberi kehangatan dan kebahagiaan buatmu,
Cukuplah sekadar cinta saudara-mara mewarnai hidupmu
Kerana semua itu lebih berharga untuk melengkapkan segalanya.....
mood ak mlm2 ni so senstif..y???<
No comments:
Post a Comment